Melaksanakan proses perakuan dan ujian bagi pemohon-pemohon. 
Fungsi utama:
Unit Perakuan:
- Menyediakan dan meneliti maklumat-maklumat pemohon untuk proses perakuan (shortlisting).
- Melaksanakan proses perakuan untuk mengenal pasti pemohon-pemohon yang memenuhi syarat Skim Perkhidmatan iklan jawatan.
- Menghadapkan senarai pemohon-pemohon yang memenuhi syarat Skim Perkhidmatan iklan jawatan kepada Unit Ujian atau Unit Temu Duga.
- Meniliti rayuan pemohon yang berkenaan dengan proses perakuan. 
- Melaksanakan kajian yang berkenaan dengan perakuan bagi jawatan-jawatan dari semasa ke semasa.
 
Unit Ujian:
- Melaksanakan ujian secara berkomputer bagi pemohon-pemohon jawatan.
 
- Berkolaborasi dengan jabatan-jabatan untuk menjalankan ujian praktikal bagi jawatan-jawatan tertentu. 
- Menghadapkan senarai pendek pemohon-pemohon yang telah menjalani ujian ke Unit Temu Duga.
- Menyediakan skim soalan untuk ujian secara berkomputer. 
- Meneliti rayuan pemohon yang berkenaan dengan proses ujian.
- Melaksanakan kajian yang berkenaan dengan penilaian-penilaian pemohon dari semasa ke semasa.